Showing posts with label photoshop brush. Show all posts
Showing posts with label photoshop brush. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Cara Buat Brush Sendiri!

Assalamualaikum wbt.

Kali ni steps amat mudah dan ringkas. Cuma ambil masa untuk mendesign brush itu. Tapi untuk tutorial kali ini aku hanya guna gambar dari Google (malas lah nak reka-reka. Hihi)

1. design your brush.
2. edit > define brush preset..

3. brush tool (B)
4. scroll down sampai jumpa
5. boleh dah cop sana sini!

ohhhh jangan lupa!
6. save your brush in case terdelete boleh load semula.

Dah! Ni jugalah cara untuk buat watermark logo. Dah siap bolehlah di cop di gambar-gambar atau any artwork. Senang je kan? Heeee. Sekian!





Thursday, January 27, 2011

Cara guna PS Brush

Assalamualaikum wbt.

Wahhh asyik-asyik brush sampai aku pun dah muak. Haha. Memang brush watak utama dalam PS. Hihi. Ok jum-jum.

haa buka new canvas. aceceh.

kertas putih aka kertas lukisan

Haa pilih lah corak yang berkenan di mata dan hati.

click [Brush Tool] then click [Brushes].

kalau tak jumpa, gi  [window > brushes]
okay cubalah ubah apa-apa in the red box.

Ingat! add new layer for each brush supaya senang kalau nak ubah dikemudian hari nanti.

Ni nak ubah warna

ok dah jadi coraknya. 

Tiba-tiba rasa nak ubah kedudukan love yang pink tu. [Move Tool]

Click layer yang mengandungi love tu lepas tu gerak-geraklah guna Move Tool.
(It's better to rename your layer then just let it be layer 1,2,3...supaya senang nak tengok)

ni untuk rotate atau scale atau apa-apa je.

see! dah terpusing kan benda love tu!
Pengajaran hari ini :
1. Cuba je apa yang ada dalam PS tu. You never know when you never try.
2. Ingat add new layer untuk setiap satu corak/brush/design.


Masukkan Brush dalam PS

Assalamualaikum wbt.

Ni just nak beritahu how to load your brush in Photoshop. Kan dah download banyak-banyak, ni just few simple steps on how to organize your brush okay :)

Mula-mula macam mana nak extract (zipped file kena extract dulu) and sort your brush :

ctrlA dan extract all

Lepas tu akan jadi macam ni

so sort them by type

jadi la gini. hoho.

Ok dah. Sekarang kita masuk PS untuk load brush-brush ini semua supaya boleh di guna pakai.

Click Brush Tool


Tekan benda yang aku bulat merah tu

Tekan Load Brushes


last, load lah brush tu satu persatu. Then, try it!

Settle untuk bab ini! Enjoy :)




Sunday, January 16, 2011

Kenapa Brush Photoshop jadi CROSSHAIR?

Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku nak kongsi macam mana kita punya photoshop brush boleh hilang bentuknya secara tiba-tiba dan hanya menunjukkan bentuk 'tambah' ataupun istilahnya adalah CROSSHAIR. 

Aku mula-mula pun tak tahu apa kejadahnya dah jadi pada photoshop aku hingga outline brush tu boleh hilang. Maka dengan itu sakit hati aku sorang-sorang kat situ mengenangkan aku tak dapat nak agak besar mana brush aku pilih. 

Crosshair tu rupanya yang macam ni :
yang dalam bulatan merah tu ye.
Benda ni selalu jadi kat aku sehinggalah aku tahu apa sebab yang menyebabkannya. Crosshair tu akan jadi bila kita tekan CAPS LOCK ataupun tulisan huruf besar. Jadi untuk menghilangkannya dan menampakkan semula bentuk brush kita, tekan la semula CAPS LOCK tu. Kalau korang tak caye, pi lah try kat Photoshop korang. 

Hehe. Lepas ni tak payah dah pening pale nape brush aku tak keluar-keluar ye! Yeay2~!


Thursday, January 13, 2011

Mana nak dapat photoshop brush??

Assalamualaikum wbt.

Benda ni aku rasa budak darjah satu pun tahu mana nak cari. Buka je GOOGLE, semua benda boleh dicari tak kira lah pasal apa benda sekali pun. Ilmu dihujung jari. Kau taip-taip, mata buka dan baca, maka meresaplah ilmu di situ. Pastikan ilmu yang baik-baik sahaja. Dah cukup mengarut.

Buat siapa yang tak tahu apa itu brush, benda ni macam cop la. Jadi bila guna Photoshop ni, senang la kerja sebab cop-cop je pun. Hoho.


benda dalam petak merah tu boleh di download. Jadi mana nak cari?
Aku biasa cari brush-brush ni kat pondok ezybreezy ni. Macam-macam ada kat situ, bukan brush je, pattern, texture dan segala bagai berkaitan photoshop la senang cerita. Yang paling aku suka sebab free dan mudah. Bila cari tu, tengok compatible tak dengan korang punya PS version ke berapa.

Kadang-kadang dia keluar ni masa nak download tu, tekan je yang aku dah petak merahkan itu. Hoho.

Sebenarnya korang google je kat internet tu belambak boleh jumpa. Kata lah nak cari brush yang gambar mata, korang taip lah photoshop eyes brush. Nak cari benda lain, taip benda lain sampai jumpa rupa yang korang nak tu. Pastu download lah dan simpan dalam satu folder nak memudahkan kerja supaya tak berterabur.