Showing posts with label photoscape. Show all posts
Showing posts with label photoscape. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Mari download PS

Assalamualaikum wbt.

Sejujurnya aku tak pernah cuba mendownload PHOTOSHOP melalui internet sebab ada ke yang free kat sini? Hehe aku nak PS yang latest version yang free ataupun cracked version punya, korang ada tak? Hahaha. Teruk betul.

Biasanya aku minta ayah aku tolong tanya kat kedai boleh tak install PHOTOSHOP dalam lappy aku. Tapi sekarang bila ada latest version yang keluar, aku mahukan yang itu!! Waaa. Sudah. Bersyukur dengan apa yang ada.

Satu lagi software aku guna untuk mengedit gambar ialah PHOTOSCAPE. Wahhh PS juga! Haha. Macam lah baru sedar. Baiklah yang PHOTOSCAPE ni aku rasa dah berjuta lemon orang yang guna. Tapi mungkin untuk adik-adik yang baru nak belajar, boleh downloadnya di sini

Banyak function, sila explore sendiri!

InsyaAllah selamat dari segala jenis virus-virus cinta sebab selama aku guna tak adalah pula antivirus aku menendang kewujudan PHOTOSCAPE ini. Melalui benda ni, langkah mengedit gambar pun lagi senang sebenarnya. Nak tahu explore sendiri sebab kalau macam tu baru maju oke. Tapi aku lebih suka edit di PHOTOSHOP sebab boleh lebih terperinci dan aku biasa guna PHOTOSCAPE untuk menggerakkan gambar sahaja ( GIF picture ) sebab ia mudah cuma kecewa sikit sebab kat PHOTOSCAPE background tak boleh transparent. Waaa!

Dah, sekian.



Wednesday, January 12, 2011

Mukadimah..Hehe :)

Assalamualaikum wbt.

Ni blog second aku untuk koleksi khas semua pasal photoshop, photoscape dan sebagainya yang berkaitan dengan edit-mengedit grafik ni. Saja aku buat kat sini supaya senang untuk aku, adik-adik aku, anak-anak aku, kaum kerabat aku, sahabat handai aku untuk menengok apa yang diperlukan berkaitan PS ni. Manalah tahu aku ni hilang ingatan aku dah tak ingat apa benda pun pasal PS ni.







AMARAN!!
Ini pesanan ringkas untuk manusia sekalian, ini blog peribadi aku. Jika ada antara kalian yang rasa best atau dah terer yang tak perlukan pengetahuan di sini, janganlah dengan suka-suka hatinya melemparkan kata-kata yang kurang enak di sini. Ini blog aku, jadi suka hati aku. Aku still belajar tentang semua benda alah ni, jika ada salah dan silap, tolong tunjukkan dengan cara paling baik ye. Sekian :)